Ahad, 9 Oktober 2011

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT

1. DEMOKRASI TELUS DAN TULEN

a) Negara Perlembagaan dan kedaulatan Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

i) Mempertahankan Perlembagaan Malaysia, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

ii) Mempertahan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.

iii) Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

iv) Memansuhkan Akta keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

v) Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

vi) Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil diantara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Bersambung .....

TEKONG: Kesejahteraan Demi Rakyat.

Khamis, 6 Oktober 2011

MUAFAKAT RAKYAT

PAKATAN RAKYAT (PKR -DAP-PAS) menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari fahaman perkauman sempit, politik adu domba dan "demokrasi otoritarian". Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijak-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Serawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Lebih setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam Pakatan Rakyat untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggemblengkan tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah Pakatan Rakyat yakin, mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika ghak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimertabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mamopu duipacu dengan lebih pangtas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini, Pakatan Rakyat mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

TEKONG: Memperjuangkan keadilan dan kebajikan demi rakyat.

Ahad, 18 September 2011

Puisi: SALAKAN ANJING UPAHAN

Seperti sebelumnya
gegak gempita suara salakan
anjing-anjing buruan
yang mencawat ekornya
sambil menghidu bau kepala ikan masin
dari pelantar marmar
tuan besar yang kaya mewah
hasil komisyen dan rasuah.

Salakan anjing-anjing upahan
cuma membingitkan
mengganggu minda rakyat
tika menuju reformasi
yang memikirkan Malaysia Baru
untuk keadilan, keamanan, kesejahteraan,
kestabilan politik dan ekonomi
sebagai sebuah negara rakyat
negara berkebajikan.

Anjing-anjing upahan ini
terus menyalak
ekor terus mencawat
telinga terus mengamati
kalau-kalau kepala ikan masin
dilontar dari tingkap kaca Italy
yang dipunggah setiap kali bercuti.

Anjing-anjing upahan terus menyalak
sehingga mampus dipelangkong oleh rakyat.

Lanchang, Pahang.
18hb. September 2011 / Ahad.

TEKONG: Menunggu puisi "Aku Serigala".

Isnin, 5 September 2011

PARLIMEN BUBAR 10 SEPTEMBER? - Isu komunis menjadi modal utama Umno/Bn menjelang Pilihanraya Umum.

Percutian Najib suami isteri ke Australia menjelang hari ulang tahun kemerdekaan baru ini banyak mendatangkan andaian rakyat. Kalau tidak masakan Najib di hari baik-bulan baik ditambah pulak dengan hari keramat negara merdeka - Najib ngembara atas nama bercuti ke negara yang juga bekas jajahan Inggeris.
Untuk apa ke sana dengan tiba-tiba bercuti dan pergi - kalau tidak ada apa-apa - masakan pohon tiba bergoyang.
Apakah Najib & Rosmah berbincang dengan pihak tertentu tentang masa depan mereka sebagai peneraju Malaysia yang semakin banyak diperkatakan tidak seimbang?
Apakah suanmi isteri yang intim ini sedang memikirkan untuk membubarkan kabinet yang ada sekarang dan digantikan muka baru atau pertukaran kementerian - jika perlu penambahan senator dilakukan?
Apakah si PM ini sedang berbincang dengan para saudagar berkaitan tentang bon-bon yang telah matang dimana kemungkinan Malaysia tidak mampu membelinya semula dengan faedah yang ditentukan semasa penjualan dulu?
Namun berat mengatakan Najib sedang berkira-kira untuk membubarkan Parlimen pada 10 September 2011 ini dan SPR mengistiharkan PRU ke 13 pada 11 - 11 - 11.
Dia berbuat demikian kerana merasakan keseimbangan politik Malaysia untuk Bn menang di PRU 13 tidak ada harapan besar - dengan himpunan masalah negara dan isterinya.
Dengan pembubaran yang memakan masa lama juga untuk PRU dilaksanakan - membolehkan dia menggunakan jentera kerajaan dan bajet negara untuk kepentingan politik Bn tanpa siapa dapat pertikaikan ketika itu - Parlimen sudah bubar ....
Sudah menjadi kelaziman kepada Bn setiap menjelang Pilihanraya Umum - isu berkaitan komunis akan dihidup segarkan untuk menakut-nakutkan rakyat - dengan mengatakan bahawa "pembangkang pro komunis" sebagai menjauhkan rakyat dari memberikan sokongan pada Pakatan Rakyat.
Isu komunis adalah senjata terakhir dipergunakan oleh Bn untuk terus berkuasa dan seterus menjadi pemerintah yang memiliki pemimpin yang rakus menyelewengkan kuasa, melakukan rasuah, mengamalkan kronisme serta membohongi dan menipu rakyat.
Kemelesetan ekonomi dunia yang pastinya berjangkit ke Malaysia serta melambungnya kenaikan harga barang keperluan hidup membuatkan Najib mesti segera mendapatkan mandat baru dari rakyat sebelum parah!
Bagaimana pun Najib dan pemimpin Umno/Bn mesti ingat ! Rakyat tidak sebodoh dulu!

TEKONG: Lawan tetap lawan.


Ahad, 4 September 2011

WIRA SEBENAR - Najib Nafikan Keperwiraan Tentera dan Polis Malaysia.

Terlebih dulu diucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Sdr Noramfaizul Mohd Nor yang terkurban di Mogadishu Semolia - Al -Fatihah - Moga roh Allahyarham ditempat dalam kumpulan orang-orang beriman. Amin.
Akhbar arus perdana menyiarkan kenyataan Najib Rosmah dengan tajuk "WIRA SEBENAR" di muka depan media masing-masing termasuklah juga media elotronik.
Perkataan Wira Sebenar yang diperuntukkan kepada Allahyarham itu seolah-olah Najib menafikan selama ini keperwiraan pasukan tentera dan polis negara ini yang terkurban atau tercedera atau masih hidup setelah berjaya di medan tempur untuk keselamatan negara.
Apakah kita harus menafikan keperwiraan pasukan ATM dan PDRM ? Apakah mereka "Wira Palsu" jika ditafsirkan dari perbandingan "Wira Sebenar"?
Nampaknya Najib dan pemimpin Kerajaan Bn bagaikan mengikut arus masa untuk membuat kenyataan bagi mengambil kesempatan simpati rakyat demi kepentingan politik - Inilah politik jahat!
Oleh itu sila tutup mulut kepada mereka yang sibuk meletakkan polis penjajah Inggeris sebagai "hero" dalam peristiwa Bukit Kepong kerana berpandu kepada kenyataan media terkini "WIRA SEBENAR" seolah-olah mereka yang berjuang di zaman mempertahankan kuasa penjajah dan lepas merdeka adalah "WIRA PALSU"
Inilah jahatnya ucapan pemimpin kerajaan/politik yang rakus untuk terus berkuasa dan mengambil isu semasa sebagai bahan kempen dengan menafikan dan merendahkan hak pihak yang lain. Rakyat semakin matang menilai segala apa yang dilakukan oleh mereka ini.

TEKONG: Simpati dengan nasib kemiskinan rakyat dalam negara.