Terlebih dulu diucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Sdr Noramfaizul Mohd Nor yang terkurban di Mogadishu Semolia - Al -Fatihah - Moga roh Allahyarham ditempat dalam kumpulan orang-orang beriman. Amin.
Akhbar arus perdana menyiarkan kenyataan Najib Rosmah dengan tajuk "WIRA SEBENAR" di muka depan media masing-masing termasuklah juga media elotronik.
Perkataan Wira Sebenar yang diperuntukkan kepada Allahyarham itu seolah-olah Najib menafikan selama ini keperwiraan pasukan tentera dan polis negara ini yang terkurban atau tercedera atau masih hidup setelah berjaya di medan tempur untuk keselamatan negara.
Apakah kita harus menafikan keperwiraan pasukan ATM dan PDRM ? Apakah mereka "Wira Palsu" jika ditafsirkan dari perbandingan "Wira Sebenar"?
Nampaknya Najib dan pemimpin Kerajaan Bn bagaikan mengikut arus masa untuk membuat kenyataan bagi mengambil kesempatan simpati rakyat demi kepentingan politik - Inilah politik jahat!
Oleh itu sila tutup mulut kepada mereka yang sibuk meletakkan polis penjajah Inggeris sebagai "hero" dalam peristiwa Bukit Kepong kerana berpandu kepada kenyataan media terkini "WIRA SEBENAR" seolah-olah mereka yang berjuang di zaman mempertahankan kuasa penjajah dan lepas merdeka adalah "WIRA PALSU"
Inilah jahatnya ucapan pemimpin kerajaan/politik yang rakus untuk terus berkuasa dan mengambil isu semasa sebagai bahan kempen dengan menafikan dan merendahkan hak pihak yang lain. Rakyat semakin matang menilai segala apa yang dilakukan oleh mereka ini.
TEKONG: Simpati dengan nasib kemiskinan rakyat dalam negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan