Isnin, 29 Ogos 2011

PELAJAR TERPERANGKAP DENGAN PINJAMAN PTPTN

Sehingga kini sudah 132,000 orang anak muda bekas pelajar pusat pengajian tinggi yang menjadi mangsa PTPTN yang disenarai hitam oleh Imigresen atas arahan tabung pinjaman itu kerana tidak menjelaskan pinjaman semasa belajar. Yang menunggu dan akan menunggu entah berapa ramai lagi.
Sebaik 3 bulan tamat pengajian sama ada di universiti atau di kolej (awam atau swasta) sampailah surat menuntut bayaran - tidak peduli samada mereka sudah berkerja atau tidak - sama ada berkerja dengan pendapatan yang tidak mampu untuk menjelaskan pinjaman.
Memang benar hutang mesti dibayar - tapi kenapa seseorang pelajar itu dimestikan berhutang?
Sebelum menjawab persoalan di atas adalah lebih baik kita menyingkap keadaan sumber kewangan negara yang datang dari petrolium - Keuntungan bersih Petrolnas  dilapurkan tidak kurang RM40 billion malahan ada mencecah ke RM 70 billion.
Tidak terfikirkan oleh pemimpin negara untuk memperuntukan RM3 ke RM4 billlion untuk para pelajar sebagai biasiswa bersepadan dengan konsep 1 Malaysia - Rakyat didaulukan (?). Konsep omongan Najib Rosmah sahaja.
Yang difahamkan bahawa pemimpin negara (kerajaan BN) sebenarnya tidak prihatin terhadap golongan pelajar yang rata-rata terdiri dari anak muda.
Atau adakah jawapan sebenarnya - Pemimpin negara (Kerajaan BN) tidak mahu cerdik pandai akan mengisi ruang kepimpinan negara akan datang dimana mereka akan tersekat dengan hutang yang dipikul tika belajar.
Sikap ketidak endahnya Pemimpin Kerajaan BN terhadap masa depan anak muda di negara ini harus ditentang oleh anak muda dan keluarga mereka. Hutang yang bertambah dengan faedah bulan ke bulan akhirnya seseorang bekas pelajar itu akan boleh dimufliskan.
Amat diharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi memerintah akan dapat menghapuskan sistem pinjaman pelajar ini dan mengembalikan semula sistem biasiswa kerajaan - Diharapkan juga segala bayaran yang telah dibuat oleh pemimjam akan dipulangkan semula - Negara ada wang yang cukup untuk melakukan itu semua jika tidak berlaku ketirisan seperti yang berlaku tika ini semasa Kerajaan BN memerintah.
Oleh itu Pru 13 ini amat penting anak muda dan keluarga mereka menghapuskan kepercayaan kepada Bn dan mengundi parti Pakatan Rakyat - PKR - PAS - DAP  untuk membentuk sebuah negara yang adil - aman - sejahtera - makmur dan berkebajikan Demi Rakyat!

TEKONG: Menunggu terbit fajar baru bersama kerajaan baru selepas Pru 13.








SALAH MENYALAH - NEGARA PUNAH

Baru ini Dr Mahathir tidak menyalahkan dasar Barisan Nasional yang membuatkan keadaan politik dan negara ini menjadi tidak menentu. Tidak salah boleh diertikan tidak jahat. Ertinya dasar BN tidak jahat - yang jahat ialah pemimpin BN itu.
Dr. Mahathir adalah bekas pemimpin tertinggi BN dan juga bekas pemimpin tertinggi Umno - parti yang mengepalai kompenan BN.
Ini bererti kenyataan Dr. Mahathir itu adalah benar - pemimpin BN jahat.
Dalam erti kata lain pemimpin BN khianat terhadap negara dan rakyat.
Pemimpin BN tidak amanah menjalankan tugas pentadbiran negara.
Nyatalah dan benarlah rakyat melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin BN sampai musim bercambah setelah berputik kian lama. Rasa tidak puas hati rakyat yang majoritinya memberikan undi kepada BN/PERIKATAN selama 54 tahun  kian menular dan subur. Dr, Mahathir hanya membuka pintu empangan sahaja untuk mengiyakan apa yang selama ini tersirat di hati rakyat tentang kejahatan Pemimpin Umno/BN itu.
Diperhatikan secara terangan pemimpin BN terutamanya terdiri dari pemimpin Umno melakukan penyelewengan kuasa - pelanggaran hak perlembagaan - penyalahgunaan undang-undang - rasuah - bagaikan satu amalan  menjadi budaya yang tidak boleh dipisahkan.
Apakah yang tersurat dan tersirat kenyataan Dr, Mahathir itu?
Yang tersuratnya Dr. Mahathir mendedahkan prilaku kejahatan pemimpin BN - biar rakyat tahu bahawa BN itu tidak jahat - yang jahat pemimpin BN - oleh itun sokongan kepada BN harus dikekalkan di pru nanti - walaupun terpaksa mengundi/memenangkan seseorang pemimpin yang jahat terhadap negara dan rakyat.
Yang tersiratnya - Dr mahathir mengakui bahawa dirinya dan pemimpin BN yang lain jahat - oleh itu pemimpin BN harus mengubah sikap  agar mendapat terus kepercayaan rakyat dalam keadaan rakyat sudah tahu kejahatan pemimpin BN itu sendiri.
Apa pun hasrat yang nyata dan tersembunyi Dr. Mahathir - rakyat mesti mengambil satu langkah baru memulakan kembali perjalanan yang baru - Samada dasar BN tidakjahat atau pemimpin BN jahat - rakyat pasti akan menyelamatkan negara ini dari  kemusnahan ekonomi - politik - pentadbiran - sosial budaya - pencemaran perlembagaan sebagai sebuah negara demokrasi yang dilakukan oleh pemimpin BN selama ini.
Rakyat tidak ada pilihan lain kecuali di PRU 13 memberikan undi kepada parti-parti PAKATAN RAKYAT yang terdiri dari PKR - PAS - DAP sebagai usaha menyelamatkan negara dari musnah.

TEKONG: Dah lama tahu dah.
















Ahad, 28 Ogos 2011

BALAK HARAM DI PAHANG .... angkara siapa hutan dicerobohi?

Menjadi tandatanya kepada rakyat di Pahang berkaitan dengan pencerobohan kawasan hutan yang balaknya sewenang diangkut keluar secara haram.
Yang menjadi tandatanya dimana saja kawasan-kawasan yang dicerobohi hanya terbongkar setelah balaknya habis di punggah atau tinggal 10%  di tempat pengumpulan.
Apakah kaki tangan Jabatan Hutan Pahang tidak sedar atau pakai cermin mata hitam?
Lebih mengherankan lagi bila mana pencerobohan dapat dikesan namun tiada kesan apa-apa pun selepas itu, samada penangkapan atau pendakwaan atau pensitaan alatan pencerobohan.
Adakah "tangan ghaib" berada di sebalik pencerobohan hutan balak di Pahang? Jawapannya masih ditunggu oleh rakyat Pahang khususnya yang mahukan sebuah kerajaan yang benar-benar menjaga harta negeri dan rakyat.
Kerugian dari kesan pencerobohan hutan balak ini amat besar kepada kerajaan negeri  Pahang. Ketiadaan ketegasan untuk bertindak kepada pencerobohan ini menunjukkan kerajaan BN Pahang begitu lemah mentadbiri negeri yang digelar "makmur" sebagai slogannya.
Oleh itu satu pilihan lain mesti dilakukan untuk menyelamatkan harta negeri demi kepentingan rakyat di PRU 13 akan  datang. Rakyat Pahang mesti menolak Kerajaan BN dan memberikan peluang kepada PR untuk mentadbiri Pahang Darul Makmur ini.

TEKONG: Haluan menuju demi rakyat.













PANTUN MUQADDIMAH

ASSALAMUALAIKUM! 
Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Permata emas boleh dibayar,
Mengharap undi dari Pati.

TEKONG: Ikuti pelayaran ini.