Sehingga kini sudah 132,000 orang anak muda bekas pelajar pusat pengajian tinggi yang menjadi mangsa PTPTN yang disenarai hitam oleh Imigresen atas arahan tabung pinjaman itu kerana tidak menjelaskan pinjaman semasa belajar. Yang menunggu dan akan menunggu entah berapa ramai lagi.
Sebaik 3 bulan tamat pengajian sama ada di universiti atau di kolej (awam atau swasta) sampailah surat menuntut bayaran - tidak peduli samada mereka sudah berkerja atau tidak - sama ada berkerja dengan pendapatan yang tidak mampu untuk menjelaskan pinjaman.
Memang benar hutang mesti dibayar - tapi kenapa seseorang pelajar itu dimestikan berhutang?
Sebelum menjawab persoalan di atas adalah lebih baik kita menyingkap keadaan sumber kewangan negara yang datang dari petrolium - Keuntungan bersih Petrolnas dilapurkan tidak kurang RM40 billion malahan ada mencecah ke RM 70 billion.
Tidak terfikirkan oleh pemimpin negara untuk memperuntukan RM3 ke RM4 billlion untuk para pelajar sebagai biasiswa bersepadan dengan konsep 1 Malaysia - Rakyat didaulukan (?). Konsep omongan Najib Rosmah sahaja.
Yang difahamkan bahawa pemimpin negara (kerajaan BN) sebenarnya tidak prihatin terhadap golongan pelajar yang rata-rata terdiri dari anak muda.
Atau adakah jawapan sebenarnya - Pemimpin negara (Kerajaan BN) tidak mahu cerdik pandai akan mengisi ruang kepimpinan negara akan datang dimana mereka akan tersekat dengan hutang yang dipikul tika belajar.
Sikap ketidak endahnya Pemimpin Kerajaan BN terhadap masa depan anak muda di negara ini harus ditentang oleh anak muda dan keluarga mereka. Hutang yang bertambah dengan faedah bulan ke bulan akhirnya seseorang bekas pelajar itu akan boleh dimufliskan.
Amat diharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi memerintah akan dapat menghapuskan sistem pinjaman pelajar ini dan mengembalikan semula sistem biasiswa kerajaan - Diharapkan juga segala bayaran yang telah dibuat oleh pemimjam akan dipulangkan semula - Negara ada wang yang cukup untuk melakukan itu semua jika tidak berlaku ketirisan seperti yang berlaku tika ini semasa Kerajaan BN memerintah.
Oleh itu Pru 13 ini amat penting anak muda dan keluarga mereka menghapuskan kepercayaan kepada Bn dan mengundi parti Pakatan Rakyat - PKR - PAS - DAP untuk membentuk sebuah negara yang adil - aman - sejahtera - makmur dan berkebajikan Demi Rakyat!
TEKONG: Menunggu terbit fajar baru bersama kerajaan baru selepas Pru 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan