Ahad, 9 Oktober 2011

DASAR BERSAMA PAKATAN RAKYAT

1. DEMOKRASI TELUS DAN TULEN

a) Negara Perlembagaan dan kedaulatan Undang-Undang

Perlembagaan Persekutuan merupakan penzahiran cita-cita dan harapan rakyat Malaysia yang merdeka. Di dalamnya hak asasi rakyat termasuk hak agama, bahasa, kerakyatan dan budaya dijamin sepenuhnya. Justeru, Pakatan Rakyat beriltizam memartabatkan semangat dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat akan:

i) Mempertahankan Perlembagaan Malaysia, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

ii) Mempertahan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan.

iii) Memartabatkan pengunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

iv) Memansuhkan Akta keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa dibicara. Serentak dengan itu mengesyorkan pembatalan semua pengisytiharan Darurat yang masih berkuatkuasa.

v) Memansuhkan atau meminda semua akta dan undang-undang yang zalim serta melanggar hak asasi.

vi) Menjamin semangat persekutuan serta hubungan yang adil diantara Persekutuan dengan negeri-negeri, terutama Sabah dan Sarawak.

Bersambung .....

TEKONG: Kesejahteraan Demi Rakyat.

Khamis, 6 Oktober 2011

MUAFAKAT RAKYAT

PAKATAN RAKYAT (PKR -DAP-PAS) menyediakan suatu rencana dasar dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing.

Agenda pembangunan bangsa telah tergelincir akibat dari fahaman perkauman sempit, politik adu domba dan "demokrasi otoritarian". Ekonomi merudum akibat dari keruntuhan akal budi, kerakusan rasuah dan kebijak-kebijakan usang yang menyebabkan Malaysia tercicir ke belakang dari ekonomi-ekonomi rancak serantau.

Ketidakadilan ekonomi semakin ketara dengan melebarnya jurang antara golongan kaya dengan miskin, antara bandar, desa dan pendalaman antara Semenanjung dan Sabah dan Serawak.

Peningkatan jenayah mengancam keselamatan nyawa dan harta rakyat kerana pasukan polis disalahgunakan untuk tujuan politik sempit. Kewibawaan dan kebebasan sistem kehakiman terus digasir oleh campur tangan politik dan kepentingan perniagaan.

Lebih setengah abad Malaysia merdeka dan berdaulat sewajarnya mendewasakan. Ini diterjemahkan manakala rakyat dari pelbagai kaum mempamerkan semangat baru meleburkan kerangka pemikiran usang dan jumud, menolak kerakusan kuasa, merebaknya rasuah, merompak khazanah negara dan menginjak hak rakyat.

Menginsafi semangat rakyat tersebut maka Pakatan Rakyat mengikrarkan iltizam Pakatan Rakyat untuk menghayati dan melaksanakan agenda politik baru ke arah menggemblengkan tenaga rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya yang dilihat sebagai satu kekuatan.

Malah Pakatan Rakyat yakin, mampu berubah dari dasar perkauman sempit kepada kerukunan hidup beragama, nilai kemanusiaan, berlandaskan prinsip akhlak dan etika ghak asasi, prinsip negara hukum tanpa memilih darjat, kaum atau kelompok. Dasar yang terpasak dari kepatuhan kepada Perlembagaan dan prinsip-prinsip keadilan sejagat akan menjamin keluhuran undang-undang dan kebebasan sistem kehakiman, sebagaimana ia menjamin hak-hak asasi manusia dan maruah rakyat kekal terbela dan dimertabatkan.

Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa ekonomi Malaysia mamopu duipacu dengan lebih pangtas melalui dasar ekonomi pasaran yang manusiawi yang mengarah kepada pembangunan manusia seutuhnya. Kebijakan ekonomi harus menjadikan Malaysia mampu berdaya saing, iklim pelaburan yang sihat, percukaian progresif, tetapi kukuh dengan hasrat mencapai keadilan melalui kaedah pengagihan ekonomi yang adil terutama bagi kelompok miskin dan terpinggir.

Pakatan Rakyat menolak dasar yang membuka ruang kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Demi memastikan pertumbuhan yang mapan, dasar menindas yang hanya memperkayakan segelintir perlu digantikan dengan sebuah dasar yang memastikan bantuan kepada golongan miskin di Malaysia tanpa mengira kaum.

Berdasarkan latar belakang ini, Pakatan Rakyat mengajak rakyat Malaysia mencipta suatu muafakat baru yang berteraskan keadilan untuk semua dan prinsip-prinsip perlembagaan. Ini adalah agenda yang mesti dilakukan untuk mengembalikan maruah bangsa, kebebasan rakyat dan kemuliaan insan. Hanya dengan keadilan semua rakyat akan makmur dan bersatu padu.

TEKONG: Memperjuangkan keadilan dan kebajikan demi rakyat.

Ahad, 18 September 2011

Puisi: SALAKAN ANJING UPAHAN

Seperti sebelumnya
gegak gempita suara salakan
anjing-anjing buruan
yang mencawat ekornya
sambil menghidu bau kepala ikan masin
dari pelantar marmar
tuan besar yang kaya mewah
hasil komisyen dan rasuah.

Salakan anjing-anjing upahan
cuma membingitkan
mengganggu minda rakyat
tika menuju reformasi
yang memikirkan Malaysia Baru
untuk keadilan, keamanan, kesejahteraan,
kestabilan politik dan ekonomi
sebagai sebuah negara rakyat
negara berkebajikan.

Anjing-anjing upahan ini
terus menyalak
ekor terus mencawat
telinga terus mengamati
kalau-kalau kepala ikan masin
dilontar dari tingkap kaca Italy
yang dipunggah setiap kali bercuti.

Anjing-anjing upahan terus menyalak
sehingga mampus dipelangkong oleh rakyat.

Lanchang, Pahang.
18hb. September 2011 / Ahad.

TEKONG: Menunggu puisi "Aku Serigala".

Isnin, 5 September 2011

PARLIMEN BUBAR 10 SEPTEMBER? - Isu komunis menjadi modal utama Umno/Bn menjelang Pilihanraya Umum.

Percutian Najib suami isteri ke Australia menjelang hari ulang tahun kemerdekaan baru ini banyak mendatangkan andaian rakyat. Kalau tidak masakan Najib di hari baik-bulan baik ditambah pulak dengan hari keramat negara merdeka - Najib ngembara atas nama bercuti ke negara yang juga bekas jajahan Inggeris.
Untuk apa ke sana dengan tiba-tiba bercuti dan pergi - kalau tidak ada apa-apa - masakan pohon tiba bergoyang.
Apakah Najib & Rosmah berbincang dengan pihak tertentu tentang masa depan mereka sebagai peneraju Malaysia yang semakin banyak diperkatakan tidak seimbang?
Apakah suanmi isteri yang intim ini sedang memikirkan untuk membubarkan kabinet yang ada sekarang dan digantikan muka baru atau pertukaran kementerian - jika perlu penambahan senator dilakukan?
Apakah si PM ini sedang berbincang dengan para saudagar berkaitan tentang bon-bon yang telah matang dimana kemungkinan Malaysia tidak mampu membelinya semula dengan faedah yang ditentukan semasa penjualan dulu?
Namun berat mengatakan Najib sedang berkira-kira untuk membubarkan Parlimen pada 10 September 2011 ini dan SPR mengistiharkan PRU ke 13 pada 11 - 11 - 11.
Dia berbuat demikian kerana merasakan keseimbangan politik Malaysia untuk Bn menang di PRU 13 tidak ada harapan besar - dengan himpunan masalah negara dan isterinya.
Dengan pembubaran yang memakan masa lama juga untuk PRU dilaksanakan - membolehkan dia menggunakan jentera kerajaan dan bajet negara untuk kepentingan politik Bn tanpa siapa dapat pertikaikan ketika itu - Parlimen sudah bubar ....
Sudah menjadi kelaziman kepada Bn setiap menjelang Pilihanraya Umum - isu berkaitan komunis akan dihidup segarkan untuk menakut-nakutkan rakyat - dengan mengatakan bahawa "pembangkang pro komunis" sebagai menjauhkan rakyat dari memberikan sokongan pada Pakatan Rakyat.
Isu komunis adalah senjata terakhir dipergunakan oleh Bn untuk terus berkuasa dan seterus menjadi pemerintah yang memiliki pemimpin yang rakus menyelewengkan kuasa, melakukan rasuah, mengamalkan kronisme serta membohongi dan menipu rakyat.
Kemelesetan ekonomi dunia yang pastinya berjangkit ke Malaysia serta melambungnya kenaikan harga barang keperluan hidup membuatkan Najib mesti segera mendapatkan mandat baru dari rakyat sebelum parah!
Bagaimana pun Najib dan pemimpin Umno/Bn mesti ingat ! Rakyat tidak sebodoh dulu!

TEKONG: Lawan tetap lawan.


Ahad, 4 September 2011

WIRA SEBENAR - Najib Nafikan Keperwiraan Tentera dan Polis Malaysia.

Terlebih dulu diucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Sdr Noramfaizul Mohd Nor yang terkurban di Mogadishu Semolia - Al -Fatihah - Moga roh Allahyarham ditempat dalam kumpulan orang-orang beriman. Amin.
Akhbar arus perdana menyiarkan kenyataan Najib Rosmah dengan tajuk "WIRA SEBENAR" di muka depan media masing-masing termasuklah juga media elotronik.
Perkataan Wira Sebenar yang diperuntukkan kepada Allahyarham itu seolah-olah Najib menafikan selama ini keperwiraan pasukan tentera dan polis negara ini yang terkurban atau tercedera atau masih hidup setelah berjaya di medan tempur untuk keselamatan negara.
Apakah kita harus menafikan keperwiraan pasukan ATM dan PDRM ? Apakah mereka "Wira Palsu" jika ditafsirkan dari perbandingan "Wira Sebenar"?
Nampaknya Najib dan pemimpin Kerajaan Bn bagaikan mengikut arus masa untuk membuat kenyataan bagi mengambil kesempatan simpati rakyat demi kepentingan politik - Inilah politik jahat!
Oleh itu sila tutup mulut kepada mereka yang sibuk meletakkan polis penjajah Inggeris sebagai "hero" dalam peristiwa Bukit Kepong kerana berpandu kepada kenyataan media terkini "WIRA SEBENAR" seolah-olah mereka yang berjuang di zaman mempertahankan kuasa penjajah dan lepas merdeka adalah "WIRA PALSU"
Inilah jahatnya ucapan pemimpin kerajaan/politik yang rakus untuk terus berkuasa dan mengambil isu semasa sebagai bahan kempen dengan menafikan dan merendahkan hak pihak yang lain. Rakyat semakin matang menilai segala apa yang dilakukan oleh mereka ini.

TEKONG: Simpati dengan nasib kemiskinan rakyat dalam negara.

Sabtu, 3 September 2011

ARAH MANA PM DAN RM CUTI-CUTI MERDEKA?

Kempen Kerajaan Malaysia ialah Cuti-Cuti Malaysia - Tapi Najib dengan Rosmah pula memulakan kempen baru dengan "Cuti-Cuti Merdeka" - Dimana pada waktu negara menyambut ulang tahun kemerdekaan - mereka berangkat ke luar negara bercuti.
Arah mana tidak diketahui - Ini melahirkan tanggapan rakyat - mungkin ke Peking - mungkin Cambera - mungkin ke Israel - mungkin ke Jeddah - mungkin ke Bangkok - segalanya mungkin ....
Rakyat juga tertanya-tanya kenapa lepas sahaja ucapan raya suami isteri dan menjelang "Merdeka Days" pasangan utama negara ini berangkat ke luar negara?
Kalau diandaikan begini bagaimana?
1) Rehat kerana letih mengarahkan banyak fitnah terhadap DSAI,
2) Membeli belah,
3) Mencari lokasi baru untuk persiapan menetap bila tidak menjadi PM nanti,
4) Perbincangan sulit dengan pihak tertentu,
5) Simpan duit,
6) Simpan cincin permata dan gelang berlian,
7) Jumpa besan,
8) Tak  sanggup tengok orang ramai tak kibar bendera Melaysia di Hari Merdeka,
9) Tak lalu nak jawab soalan mengenai siapa sebenarnya "hero" Bukit Kepong,
10)Cari bomoh menjelang PRU 13,
11)Saja-saja layan isteri,
12) Dan lain-lain lagi ....
Apa pun jawapannya pencacai Umno/Bn tetap mengatakan  apa saja yang dilakukan oleh PM dan RM adalah terbaik walaupun rakyat sudah meluat.

TEKONG: Tunggu Najib dan Rosmah berada di kandang saksi Mahkamah Tinggi.



Jumaat, 2 September 2011

FILEM "BUKIT KEPONG" - Mencari siapa "Hero" ?

Menonton filem Bukit Kepong kita dapat melihat betapa cekalnya pasukan polis (zaman penjajah) mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, Johor.
Ending filem ini pihak Polis Penjajah Inggeris tumpas - Hero polisnya (seorang sarjan) terkurban - namun ada yang masih bernyawa - Pihak komunis berjaya menghancurkan pertahanan Balai Polis Bukit Kepong - hangus dibakar -
Filem ini meletakkan komunis berjaya mengalahkan Polis Penjajah Inggeris - Penonton mempunyai berbagai pendapat dibawa pulang:
1) Ketabahan anggota Polis Penjajah Inggeris mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong,
2) Kejayaan komunis menumpaskan benteng pertahanan Polis Penjajah Inggeris di Bukit Kepong,
3) Kelemahan strategi Pasukan Polis Penjajah Inggeris masa itu,
4) Kehebatan filem tempur itu,
5) Kejayaan di satu pihak diletakkan sebagai hero,
6) Berbagai lagi pendapat penonton.
Ertinya filem Bukit Kepong memberikan berbagai gambaran dan tanggapan rakyat bila ianya dihidangkan kepada umum. Filem Bukit Kepong tidak seperti filem-filem perang/tempur Hollywood yang memaparkan Tentera Amerika sentiasa berada dalam kemenagan di medan perang walaupun kenyataannya tewas di mana-mana medan perang.
Jika filem Bukit Kepong mahu mengongkong minda penonton/rakyat - maka ianya amat patut diubahsuai dimana Polis Penjajah Inggeris itu berjaya mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dan pihak komunis yang menyerang tewas .... Filem itu sendiri menunjukkan Sarjan mati akhir namun ada pihak yang mengatakan Sarjan itu yang mati pertama di depan tangga balai polis tersebut.
Tapi ianya pasti bertentangan dengan sejarah - namun tak mengapa untuk memuaskan kehendak propaganda kerajaan - kerana selama ini Kerajaan Bn telah pun banyak menerima penyelewengan sejarah .....
Harus ingat bahawa minda rakyat hari ini minda "Langit Terbuka" yang mampu menilai sehalusnya - segala propaganda yang dipaparkan melalui media massa cetak atau elotronik tidak semudah itu ditertima oleh mereka.
Hanya pemimpin politik dan masyarakat yang bangang, beremosi dan terikut-ikut mencari kesempatan menjadi pembodek untuk kepentingan pribadi dan pihat tertentu sahaja yang masih terikat dengan propaganda kerajaan yang rakus untuk terus berkuasa demi menyelamatkan diri, keluarga dan kroninya.
Oleh itu siapa "hero" dalam filem Bukit Kepong tidak ditentukan oleh persembahan filem itu. Rakyat/penonton telah dihidangkan untuk membuat nilai dan tanggapan sendiri - Ia tidak seperti filem-filem perang/tempur yang lain terbitan Kuala Lumpur.


TEKONG: Memperkatakan ending filem Bukit Kepong bukan peristiwa serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong.

Puisi: BERSATULAH RAKYAT

Hari ini bersatulah
para petani
para nelayan
para buruh.

Hari ini bersatulah
anak-anak petani
anak-anak nelayan
anak-anak buruh.

Hari ini bersatulah
atas nama rakyat
membena kekuatan
bergerak
menuntut keadilan
menyata kebenaran
meminta kebajikan.

Hari ini kita robohkan
benteng kezaliman
yang dibena oleh si zalim
berpuluh tahun lama
bersama kroni
mengaut harta rakyat
dengan rantai korupsi
tiada henti.

Hari ini
bersatulah rakyat
suara rakyat suara keramat.


Lanchang, Pahang.
2 September 2011

TEKONG: Lawan tetap lawan !




Khamis, 1 September 2011

AGIHAN TANAH UNTUK PENEROKA BARU

Janji Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga, dalam masa 100 hari diberikan amanah memerintah Malaysia antaranya ialah memansuhkan Felda Plantition yang dibangunkan cara haram oleh Felda semata-mata untuk mengaut untung yang tidak memberikan sebarang faedah kepada peneroka dan juga rakyat.
Felda Plantition adalah tanah ladang yang dibangunkan bersandar pada Felda tetapi tidak mempunyai peneroka - ianya amat bertentangan sekali dengan tujuan dan semangat Felda itu diadakan - iaitu untuk memberikan tanah kepada rakyat dan membasmi kemiskinan.
Pembangunan Felda Plantition ini dilakukan di zaman Dr. Mahathir semata-mata atas dasar koprat yang menguntungkan segelintir kroni sahaja.
Hampir 840,000 ekar tanah ladang Felda Plantition seluruh negara akan dimansuhkan jika Pakatan Rakyat memerintah selepas Pru 13 ini.  Ertinya hampir 80,000 peneroka baru akan mengisi tanah-tanah ladang Felda ini sebagai usaha menyanmbung hasrat murni Felda dibangunkan.
Generasi ke 2 dan ke 3 peneroka serta mereka yang tidak berkemampuan memiliki tanah terdiri dari seluruh rakyat Malaysia berhak memohon kemasukan sebagai peneroka baru ini.
Mereka yang berhasrat hendaklah mengisi borang awal terlebih dahulu yang diedarkan sekarang ini.
Kiranya tanah ladang seluas 840,000 ekar itu tidak mencukupi, pembukaan ladang-ladang baru boleh dilakukan di negari-negeri yang masih lagi banyak tanah hutan untuk dibangunkan.
Kerajaan BN tetap tidak mahu memansuhkan Felda Plantition ini menurut kenyataan yang diluahkan oleh pemimpinnya.
Generasi ke 2 & ke 3 dan anak muda umumnya dan keluarga mereka hendaklah memberikan kemenangan kepada parti-arti Pakatan Rakyat di PRU 13 nanti agar Kerajaan Pakatan Rakyat dapat menunaikan janji tersebut.

TEKONG: Menepati janji untuk kesejahteraan rakyat.

Isnin, 29 Ogos 2011

PELAJAR TERPERANGKAP DENGAN PINJAMAN PTPTN

Sehingga kini sudah 132,000 orang anak muda bekas pelajar pusat pengajian tinggi yang menjadi mangsa PTPTN yang disenarai hitam oleh Imigresen atas arahan tabung pinjaman itu kerana tidak menjelaskan pinjaman semasa belajar. Yang menunggu dan akan menunggu entah berapa ramai lagi.
Sebaik 3 bulan tamat pengajian sama ada di universiti atau di kolej (awam atau swasta) sampailah surat menuntut bayaran - tidak peduli samada mereka sudah berkerja atau tidak - sama ada berkerja dengan pendapatan yang tidak mampu untuk menjelaskan pinjaman.
Memang benar hutang mesti dibayar - tapi kenapa seseorang pelajar itu dimestikan berhutang?
Sebelum menjawab persoalan di atas adalah lebih baik kita menyingkap keadaan sumber kewangan negara yang datang dari petrolium - Keuntungan bersih Petrolnas  dilapurkan tidak kurang RM40 billion malahan ada mencecah ke RM 70 billion.
Tidak terfikirkan oleh pemimpin negara untuk memperuntukan RM3 ke RM4 billlion untuk para pelajar sebagai biasiswa bersepadan dengan konsep 1 Malaysia - Rakyat didaulukan (?). Konsep omongan Najib Rosmah sahaja.
Yang difahamkan bahawa pemimpin negara (kerajaan BN) sebenarnya tidak prihatin terhadap golongan pelajar yang rata-rata terdiri dari anak muda.
Atau adakah jawapan sebenarnya - Pemimpin negara (Kerajaan BN) tidak mahu cerdik pandai akan mengisi ruang kepimpinan negara akan datang dimana mereka akan tersekat dengan hutang yang dipikul tika belajar.
Sikap ketidak endahnya Pemimpin Kerajaan BN terhadap masa depan anak muda di negara ini harus ditentang oleh anak muda dan keluarga mereka. Hutang yang bertambah dengan faedah bulan ke bulan akhirnya seseorang bekas pelajar itu akan boleh dimufliskan.
Amat diharapkan Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi memerintah akan dapat menghapuskan sistem pinjaman pelajar ini dan mengembalikan semula sistem biasiswa kerajaan - Diharapkan juga segala bayaran yang telah dibuat oleh pemimjam akan dipulangkan semula - Negara ada wang yang cukup untuk melakukan itu semua jika tidak berlaku ketirisan seperti yang berlaku tika ini semasa Kerajaan BN memerintah.
Oleh itu Pru 13 ini amat penting anak muda dan keluarga mereka menghapuskan kepercayaan kepada Bn dan mengundi parti Pakatan Rakyat - PKR - PAS - DAP  untuk membentuk sebuah negara yang adil - aman - sejahtera - makmur dan berkebajikan Demi Rakyat!

TEKONG: Menunggu terbit fajar baru bersama kerajaan baru selepas Pru 13.








SALAH MENYALAH - NEGARA PUNAH

Baru ini Dr Mahathir tidak menyalahkan dasar Barisan Nasional yang membuatkan keadaan politik dan negara ini menjadi tidak menentu. Tidak salah boleh diertikan tidak jahat. Ertinya dasar BN tidak jahat - yang jahat ialah pemimpin BN itu.
Dr. Mahathir adalah bekas pemimpin tertinggi BN dan juga bekas pemimpin tertinggi Umno - parti yang mengepalai kompenan BN.
Ini bererti kenyataan Dr. Mahathir itu adalah benar - pemimpin BN jahat.
Dalam erti kata lain pemimpin BN khianat terhadap negara dan rakyat.
Pemimpin BN tidak amanah menjalankan tugas pentadbiran negara.
Nyatalah dan benarlah rakyat melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin BN sampai musim bercambah setelah berputik kian lama. Rasa tidak puas hati rakyat yang majoritinya memberikan undi kepada BN/PERIKATAN selama 54 tahun  kian menular dan subur. Dr, Mahathir hanya membuka pintu empangan sahaja untuk mengiyakan apa yang selama ini tersirat di hati rakyat tentang kejahatan Pemimpin Umno/BN itu.
Diperhatikan secara terangan pemimpin BN terutamanya terdiri dari pemimpin Umno melakukan penyelewengan kuasa - pelanggaran hak perlembagaan - penyalahgunaan undang-undang - rasuah - bagaikan satu amalan  menjadi budaya yang tidak boleh dipisahkan.
Apakah yang tersurat dan tersirat kenyataan Dr, Mahathir itu?
Yang tersuratnya Dr. Mahathir mendedahkan prilaku kejahatan pemimpin BN - biar rakyat tahu bahawa BN itu tidak jahat - yang jahat pemimpin BN - oleh itun sokongan kepada BN harus dikekalkan di pru nanti - walaupun terpaksa mengundi/memenangkan seseorang pemimpin yang jahat terhadap negara dan rakyat.
Yang tersiratnya - Dr mahathir mengakui bahawa dirinya dan pemimpin BN yang lain jahat - oleh itu pemimpin BN harus mengubah sikap  agar mendapat terus kepercayaan rakyat dalam keadaan rakyat sudah tahu kejahatan pemimpin BN itu sendiri.
Apa pun hasrat yang nyata dan tersembunyi Dr. Mahathir - rakyat mesti mengambil satu langkah baru memulakan kembali perjalanan yang baru - Samada dasar BN tidakjahat atau pemimpin BN jahat - rakyat pasti akan menyelamatkan negara ini dari  kemusnahan ekonomi - politik - pentadbiran - sosial budaya - pencemaran perlembagaan sebagai sebuah negara demokrasi yang dilakukan oleh pemimpin BN selama ini.
Rakyat tidak ada pilihan lain kecuali di PRU 13 memberikan undi kepada parti-parti PAKATAN RAKYAT yang terdiri dari PKR - PAS - DAP sebagai usaha menyelamatkan negara dari musnah.

TEKONG: Dah lama tahu dah.
















Ahad, 28 Ogos 2011

BALAK HARAM DI PAHANG .... angkara siapa hutan dicerobohi?

Menjadi tandatanya kepada rakyat di Pahang berkaitan dengan pencerobohan kawasan hutan yang balaknya sewenang diangkut keluar secara haram.
Yang menjadi tandatanya dimana saja kawasan-kawasan yang dicerobohi hanya terbongkar setelah balaknya habis di punggah atau tinggal 10%  di tempat pengumpulan.
Apakah kaki tangan Jabatan Hutan Pahang tidak sedar atau pakai cermin mata hitam?
Lebih mengherankan lagi bila mana pencerobohan dapat dikesan namun tiada kesan apa-apa pun selepas itu, samada penangkapan atau pendakwaan atau pensitaan alatan pencerobohan.
Adakah "tangan ghaib" berada di sebalik pencerobohan hutan balak di Pahang? Jawapannya masih ditunggu oleh rakyat Pahang khususnya yang mahukan sebuah kerajaan yang benar-benar menjaga harta negeri dan rakyat.
Kerugian dari kesan pencerobohan hutan balak ini amat besar kepada kerajaan negeri  Pahang. Ketiadaan ketegasan untuk bertindak kepada pencerobohan ini menunjukkan kerajaan BN Pahang begitu lemah mentadbiri negeri yang digelar "makmur" sebagai slogannya.
Oleh itu satu pilihan lain mesti dilakukan untuk menyelamatkan harta negeri demi kepentingan rakyat di PRU 13 akan  datang. Rakyat Pahang mesti menolak Kerajaan BN dan memberikan peluang kepada PR untuk mentadbiri Pahang Darul Makmur ini.

TEKONG: Haluan menuju demi rakyat.













PANTUN MUQADDIMAH

ASSALAMUALAIKUM! 
Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Permata emas boleh dibayar,
Mengharap undi dari Pati.

TEKONG: Ikuti pelayaran ini.